Situasi yang sedang berlaku
Si A : Waa, cantiknya I-phone awak! Smart kot..
Si B : Eh, biasa je lah..orang lain punya lagi canggih lah. Ayah saya bagi
hadiah sempena dapat result bagus dalam SPM hari tu..
Si C : Emm..untunglah dapat hadiah I-phone, kita dapat bagus pun tak
lah dapat hadiah secanggih dia..(cakap tapi dalam hati m'bengkak)
Rasa-rasa anda semua faham tak situasi yang sedang berlaku di atas? Fahamkan... perasaan cemburu nie tak sepatutnya ada pada diri kita. Sepatutnya kita bersyukur rezeki dan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk kita. Allah memberi rezeki dan nikmat kepada seseorang dengan cara yang berlainan atau pelbagai cara. Mungkin Allah tak bagi kita I-phone tetapi Allah bagi kita otak yang lebih cerdas dari orang lain. Adakalanya manusia tidak sedar dengan nikmat yang Allah berikan dan masih lagi tidak menerima seadanya dengan apa yang mereka miliki. Bak kata pepatah 'Beri Betis Nak Paha'. Kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah SWT harus bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan cemburu dengan rezeki orang lain. Teruskan berdoa agar rezeki diperbanyakkan..
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 216:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu".

No comments:
Post a Comment