Assalamualaikum..
hari ini saya nak berkongsi cara-cara untuk merawat hati.
Maklumlah, kadang-kadang kita tak sedar betapa banyaknya bintik-bintik hitam pada hati kita. So, eloklah kalau kita sama-sama merawat hati kita yang semakin kotor n tak berapa cantik nie..
Cara-caranya ialah:-
- Kita kena sentiasa membaca Al-Qur'an, bukan baca sahaja tapi meneliti ayat tersebut n fahamkan maksudnya
- Mengosongkan perut seperti berpuasa n makan sedikit @ istilah lain, makan sebelum kenyang
- Berqiamullail iaitu beribadah pada waktu malam
- Berdoa @ bermunajat dengan rasa penuh rendah diri dan insaf ketika waktu sebelum subuh
- Sentiasa mendampingi para ulama' soleh serta selalu menghadiri majlis-majlis ilmu mereka
Hati yang bersih adalah hati yang sentiasa mengingati Allah
Sebahagian dari ulama' menyenaraikan ada lagi 2 cara untuk merawat hati. Antaranya ialah:-
- Makan makanan yang dijamin Halal
- Ber'uzlah iaitu mengasingkan diri dari orang ramai, diam n tidak berbual perkara-perkara yang tidak berfaedah
Pesanan buat sahabat,
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan.
Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan
memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan. So, let's change ourself to be more good person and care more about our heart..











